Kelas Mahir Masak dan Mahir Baiki Gajjet adalah dibawah program perkhidmatan pintar NADI iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti peserta dalam menghasilkan kepelbagaian menu masakkan di dalam dan luar negara. Manakala, Mahir baiki gajet pula lebih kepada membaiki telepon pintar yang ada kerosakkan.
Aktiviti
Penyertaan kelas terbuka kepada semua komuniti setempat berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menambahkan kemahiran mereka. Peserta akan dilatih oleh pelatih yang profesional menggunakan Mahir Training System (MTS). Peserta akan diberikan tugasan dan latihan setelah habis kelas. Peserta diminta untuk memuatnaik tugasan yang diberi ke dalam sistem MTS. Kelas latihan ini dijalankan secara atas talian.