Kelas Mahir Jahit masih berterusan sehingga bulan Jun 2025. Seramai 6 orang peserta khususnya golongan wanita yang mengikuti program ini di NADI Sungai Melekun. Tujuan program ini dilaksanakan bagi mengasah bakat dan kemahiran peserta dalam kemahiran menjahit sekaligus dapat menaja pendapatan sampingan mereka.
Aktiviti
Peserta Mahir Jahit telah diajar tentang melakar pola baju kurung moden dan juga kain duyung secara atas talian. Disamping melakar pola, mereka juga diajar cara memotong dan melakar pola diatas fabrik. Tambahan lagi, peserta mahir turut diajar bagaimana cara-cara menjahit fabrik dengan mesin jahit yang disediakan di NADI.