Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar sekolah rendah berkaitan dengan perlindungan dan penjagaan diri ketika menggunakan media digital.
Aktiviti
Penyertaan program ini melibatkan semua guru dan murid di SK Lepong Balleh. Semua yang terlibat diberi taklimat berkaitan dengan topik Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka ketika berinteraksi , memuatnaik dan berkongsi maklumat di media sosial. Program ini menitikberatkan kesedaran kanak-kanak yang masih dibawah umur tetapi aktif melayari internet dan media sosial tanpa kawalan yang ketat dari ibubapa.