mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT, SK OYAN TENGAH

Tarikh: 12 NOVEMBER 2025
Masa: 08:00 AM – 10:00 AM
Lokasi: SK OYAN TENGAH
Tujuan 
Tujuan utama Kempen Internet selamat ialah untuk mendidik masyarakat supaya menggunakan internet dengan bijak dan beretika. Ia juga bertujuan untuk melindungi diri dan maklumat peribadi daripada jenayah siber dan penipuan. Kempen ini juga dapat mencegah buli siber serta kandungan negatif yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah.
  
Aktiviti 
Kempen Internet Selamat telah diadakan di Dewan makan SK Oyan Tengah. Kempen kali ini menyasarkan golongan pelajar sekolah rendah tahap1 & 2. Seramai 15 orang pelajar dan 25 orang guru yang terlibat bagi mejayakan kempen ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kempen ini ialah memberi ceramah kepada pelajar tentang penggunaan internet. Selain itu, aktiviti pecah ruyung dan tepuk Internet Selamat juga turut diadakan. Para pelajar telah diberikan kuiz tentang pemahaman mereka mengenai internet selamat. Akhir sekali, pencarian Ikon K-Dat dalam kalangan guru dan pelajar serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Link Gambar : https://sgmelekun.nadi.my/kempen-internet-selamat-sk-oyan-tengah-2/