Tujuan utama Kempen Internet selamat ialah untuk mendidik masyarakat supaya menggunakan internet dengan bijak dan beretika. Ia juga bertujuan untuk melindungi diri dan maklumat peribadi daripada jenayah siber dan penipuan. Kempen ini juga dapat mencegah buli siber srta kandungan negatif yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti
Kempen Internet Selamat telah diadakan di Dewan Wilson Ugak Kumbong SK Lepong Balleh. Kempen kali ini menyasarkan golongan pelajar sekolah menengah. Seramai 169 orang pelajar dan guru yang terlibat bagi mejayakan kempen ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kempen ini ialah memberi ceramah kepada pelajar tentang penggunaan internet. Selain itu, aktiviti pecah ruyung dan tepuk Internet Selamat juga turut diadakan. Para pelajar telah diberikan kuiz tentang pemahaman mereka mengenai internet selamat. Akhir sekali, pencarian Ikon K-Dat dalam kalangan guru dan pelajar serta sesi bergambar sebagai kenang kenangan.