mcmc
GaleriGaleri FotoKisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN : CELIK IT Q1 2025

Nama: MARY MAGDALENA ANAK ABIT
Umur: 18 TAHUN
Ahli: 2025

LATAR BELAKANG

Mary Magdalena Anak Abit merupakan pelajar lepasan Tingkatan 5 (SPM) pada tahun 2024 dan telah mendaftar sebagai ahli NADI pada awal tahun 2025. Mary sangat aktif menyertai kelas dan latihan yang diadakan di NADI. Mary ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 atau Matrikulasi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti dan pembelajaran Asas komputer di NADI, Mary mengalami sedikit kesukaran untuk menggunakan komputer kerana kekurangan pendedahan tentang aplikasi Microsoft Office, Excell dan PowerPoint. Mary juga tidak tahu apa itu Artificial Intelligence (AI).

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas penglibatan dan mengikuti kelas ICT di NADI, Mary telah menguasai dengan lebih mendalam tentang aplikasi Microsoft Office. Beliau telah berjaya membuat Minit Mesyuarat untuk kegunaan rumah panjang. Mary juga turut mahir menggunakan applikasi AI seperti Canva untuk membuat rekaan logo produk jualannya. Mary sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan lebih mudah dengan bantuan AI.