Kerajaan Madani terus komited dalam memperkukuh kebajikan rakyat melalui inisiatif bantuan bersasar. Pihak NADI juga berperanan dalam membantu komuniti tempatan membuat semakan dan permohonan baharu bagi mereka yang tidak mendapat kelulusan pada fasa yang pertama.
Aktiviti
Semenjak bantuan bersasar seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diumumkan, keadaan di dalam NADI menjadi sangat meriah. Ramai komuniti setempat yang berkunjung ke NADI untuk menyemak kelayakan bantuan yang mereka perolehi. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan jumlah ahli NADI.