mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

SARINGAN MOBILE LEGENDS PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Tarikh: 19 APRIL 2025
Masa: 10:00 AM – 12:00 PM
Lokasi: NADI SUNGAI MELEKUN / DISCORD
Tujuan 
Saringan E-sukan Mobile Legends diadakan adalah bertujuan memilih kumpulan peserta yang layak untuk mengikuti pertandingan pada peringkat yang seterusnya. Sukan elektronik ini dapat membantu pemain untuk meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif.
  
Aktiviti 
Pasukan The Red Alliance MLBB telah terpilih sebagai wakil NADI Sungai Melekun selepas berjaya melepasi saringan pada peringkat NADI yang telah diadakan pada bulan Mac lepas. Saringan MLBB seterusnya dilakukan untuk mencari pasukan yang layak untuk mewakili pasukan Negeri Sarawak keperingkat yang seterusnya. Saringan telah dilakukan secara dalam talian menggunakan sistem Discord.