mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

WEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI 1

Tarikh: 12 APRIL 2025
Masa: 02:30 PM – 04:30 PM
Lokasi: NADI SUNGAI MELEKUN
Tujuan 
Webinar Berkala Sejarah untuk Edisi 1 lebih fokus kepada Kaedah Pembacaan Aktif SQ3R dan cara Pengambilan Nota Sistem Cornell.
  
Aktiviti 
Peserta yang terlibat akan mendaftar akaun Digital Learning (DiLea NADI-Nurture) masing-masing di LMS. Webinar ini boleh memberi pelbagai manfaat kepada pelajar seperti:

1. Meningkatkan kemahiran mencatat nota secara tersusun
– Nota dibahagikan kepada tiga bahagian: kata kunci, isi utama, dan ringkasan

2.  Meningkatkan kefahaman bacaan
– Membantu pelajar memahami isi penting daripada teks dengan lebih berkesan melalui pendekatan yang berstruktur.
 
3.  Mengasah kemahiran analisis dan pemikiran
– Pelajar akan lebih peka terhadap struktur teks dan idea utama melalui proses menyoal dan menyusun maklumat.