Kelas Mahir Masak adalah dibawah program perkhidmatan pintar NADI iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti peserta dalam menghasilkan kepelbagaian menu masakkan di dalam dan luar negara.
Aktiviti
Penyertaan kelas terbuka kepada semua komuniti setempat berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menambahkan kemahiran mereka. Peserta akan dilatih oleh pelatih yang profesional menggunakan Mahir Training System (MTS). Pengenalan kepada MTS ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran pendigitalan peserta. Antara menu yang diajar ialah pembuatan air kopi yang sedap, membuat roti dan menu lain.