Kelas Mahir Foto adalah dibawah program perkhidmatan pintar NADI iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti peserta dalam menghasilkan gambar yang menarik dengan teknik-teknik yang betul dan cara penyuntingan terkini.
Aktiviti
Penyertaan kelas terbuka kepada semua komuniti setempat berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menambahkan kemahiran mereka. Peserta akan dilatih oleh pelatih yang profesional menggunakan Mahir Training System (MTS). Pengenalan kepada MTS ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran pendigitalan peserta. Modul utama yang diajar semasa kelas berlangsung adalah teknik pengambilan gambar dan video. Turut diajar juga editing dan content creator di media sosial.