mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT, SK SUNGAI AMANG

Tarikh: 30 OKTOBER 2025
Masa: 09:00 AM – 12:30 PM
Lokasi: BILIK MESYUARAT SK SUNGAI AMANG
Tujuan 
Tujuan utama Kempen Internet selamat ialah untuk mendidik masyarakat supaya menggunakan internet dengan bijak dan beretika. Ia juga bertujuan untuk melindungi diri dan maklumat peribadi daripada jenayah siber dan penipuan. Kempen ini juga dapat mencegah buli siber serta kandungan negatif yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah.
  
Aktiviti 
Kempen Internet Selamat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Sungai Amang. Kempen ini menyasarkan golongan pelajar sekolah rendah. Seramai 49 orang pelajar dan 20 orang guru yang dari 11 buah sekolah bahagian Kapit terlibat bagi mejayakan kempen ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kempen ini adalah memberi ceramah kepada pelajar tentang penggunaan internet. Selain itu, aktiviti pecah ruyung dan tepuk Internet Selamat juga turut diadakan. Para pelajar telah diberikan kuiz tentang pemahaman mereka mengenai internet selamat. Akhir sekali, pencarian Ikon K-Dat dalam kalangan guru dan pelajar serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Senarai sekolah yang terlibat dengan Kempen Internet Selamat yang berpusat di SK Sungai Amang adalah seperti berikut ;
1) SK Sungai Amang
2) SK Sungai Paku
3) SK Sungai Menuan
4) SK Lubok Baya
5) SK Lubok Mawang
6) SK Nanga Tiau
7) SK Nanga Kain
8) SK Nanga Entuloh
9) SK Nanga Meluan
10) SK Temenggong Koh
11) SK Ulu Pelagus

Link Gambar : https://sgmelekun.nadi.my/kempen-internet-selamat-sk-sungai-amang-2/